Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Thursday, August 1, 2013

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER MEI 2013

Jadual Peperiksaan Akhir Semester Mei 2013 (16 oGOS 2013 - 2 September 2013) sudah ada. Sila semak jadual peperiksaan anda dalam myVLE.



PERINGATAN: Jangan lupa untuk mencetak Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan untuk dibawa bersama pada hari peperiksaan nanti.

Selamat Maju Jaya!


CUTI BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, dimaklumkan bahawa pejabat OUM Pusat Pembelajaran Pahang akan ditutup selama 4 hari iaitu dari 8 Ogos 2013 sehingga 11 Ogos 2013. Pejabat akan beroperasi seperti biasa mulai 12 Ogos 2013.

Seluruh pengurusan OIUM Pusat Pembelajaran Pahang mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar dan tutor yang beragama Islam.

Bagi yang memandu kenderaan untuk balik ke kampung halaman, diharap memandu dengan berhemah dan didoakan semoga selamat di sepanjang perjalanan.

FACEBOOK OUM PAHANG


JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENDAPATKAN INFO SERTA PENGUMUMAN TERKINI DARI OUM MENERUSI FACEBOOK ANDA. 

SILA BUAT CARIAN "OUM PAHANG" DAN TICK "LIKE".

Atau anda boleh gunakan link berikut:

KEMBALI AKTIF


Salam Sejahtera,

Setelah menyepi selama beberapa tahun kebelakangan ini, blog OUM Pahang akan kembali aktif di persada maya mulai hari ini. Anda boleh mendapatkan pelbagai info, berita, pengumuman dan perkembangan terkini mengenai OUM Pusat Pembelajaran Pahang menerusi blog ini.

Selain blog, OUM Pahang juga turut memuat naik sebarang pemakluman menerusi facebook. Kepada anda yang telah "like" facebook OUM Pahang, terima kasih diucapkan. Bagi yang belum berbuat demikian, diharap dapat melakukannya secepat mungkin supaya anda tidak ketinggalan daripada memperolehi maklumat terkini dari kami. Kemudahan media sosial sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya demi kebaikan dan kepentingan kita semua.

Selamat Maju Jaya!
Selamat Menyambut Ketibaan Hari Raya Aidifitri dan Selamat Menghadapi Peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Friday, February 26, 2010

Peperiksaan Pertengahan Semester

Peperiksaan Pertengahan Semester Peperiksaan Pertengahan Semester Peperiksaan Pertengahan Semester Peperiksaan Pertengahan Semester Peperiksaan Pertengahan Semester Jan 2010
SELAMAT MAJU JAYA!!!!!
12 hingga 16 Mac 2010
Sila rujuk jadual

Selamat Menyambut Maulidur-Rasul

Sama-samalah kita menyambut ulangtahun keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dengan penuh keinsafan dan berusaha menjadikan akhlak Rasulullah sebagai ikutan dan amalan kita semua. Sesungguhnya Baginda SAW telah membentangkan kepada kita umat manusia petunjuk dan pedoman agar menyeru ke arah kebaikan serta menolak kemungkaran - "uswatun hasanah".

Monday, February 22, 2010

Rumah Terbuka Presiden Alumni Chapter Pahang

Pengunjung sedang menikmati hidangan yang disediakan






Untuk diabadikan dalam kenangan

Kuantan, 22 Feb. 2010 - Presiden Alumni OUM Chapter Pahang, En Tan Seng Bee telah mengadakan jamuan Rumah Terbuka di kediamannya di Kuantan bersempena Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Jamuan tersebut khusus diadakan untuk rakan-rakan dan jiran terdekat serta ahli-ahli jawatankuasa Alumni Chapter Pahang serta ahli keluarga.

Pelbagai juadah enak telah dihidangkan seperti nasi minyak, nasi dagang, nasi lemak, kuih muih Melayu, dan bermacam lagi makanan untuk para tetamu. Buah limau Mandarin yang menjadi tradisi setiap kali sambutan Tahun Baru Cina turut disediakan. Menurut En Adnan Che Harun, salah seorang AJK, beliau serta keluarga amat gembira dan menghargai persahabatan yang terjalin serta kesudian En Tan sekeluarga mengadakan jamuan rumahterbuka tersebut. Kegembiraan tersebut turut dikongsi oleh En Kamarul Azlan yang tidak pernah terkecuali dalam aktiviti-aktiviti anjuran Alumni Chapter Pahang.

Sebagai tanda penghargaan, En Ali Zainal telah menyumbang khemah syarikatnya untuk dijadikan tempat berteduh bagi jamuan yang diadakan itu.

Semoga semangat kekeluargaan seperti itu akan terus subur dan diteruskan di masa akan datang.







Monday, February 15, 2010

Harapan dan Kenyataan

Keputusan peperiksaan Semester September 2009 baru sahaja diumumkan. ”Tak sangka sampai begitu teruk”, ”terkejut besar”, ”tak nampak jalan”, ”macam mana boleh jadi?” dan sebagainya. Itu antara reaksi spontan yang diberikan oleh sebahagian daripada rakan-rakan pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang diumumkan baru-baru ini. Tidak kurang yang melahirkan rasa sangsi dan syak atas keputusan yang diperolehi. Apa tidaknya, ”tersasar jauh daripada apa yang diharapkan untuk dicapai”. Ramai juga yang berhasrat untuk memohon disemak semula jawapan bagi kertas peperiksaan akhir bagi kursus-kursus yang keputusannya ”sangat tidak disangka” itu.
Saya cuba menyelami hati dan perasaan rakan-rakan pelajar : berempati terhadap mereka. Bagi yang senior, sebelum ini sudah agak sebati dengan sistem penilaian di OUM – OLP, kerja kursus dan peperiksaan akhir. Faktor yang memungkinkan mereka sedikit sebanyak ”menjangka” keputusan yang bakal diperolehi bagi setiap semester. Ini kerana sebelum ini markah kerja kursus agak membantu dalam pencapaian gred bagi sesuatu kursus. Namun setelah OUM mengorak langkah ke arah sistem penilaian yang lebih konsisten bagi menilai pengetahuan sebenar pelajarnya melalui peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir berasaskan soalan aneka pilihan, ”senario” tersebut telah agak berubah.
Para pelajar pada mulanya mengambil mudah terhadap sistem peperiksaan dengan soalan beraneka pilihan. Namun setelah dilaksanakan, ternyata sistem tersebut menimbulkan kesedaran bahawa soalan beraneka pilihan sebenarnya memerlukan ketajaman fikiran, pengetahuan yang spesifik terhadap sesuatu perkara, serta kebolehan mencerakinkan pilihan-pilihan jawapan yang diberikan dalam setiap soalan. Keadaan inilah yang nampaknya menyebabkan keputusan yang diperolehi sukar diramal malah mengejutkan.
Biar apapun yang diperolehi diharap tidak akan melemahkan semangat rakan-rakan pelajar sekelian. Yang lalu pasti berlalu. Sekiranya pencapaian yang diperolehi sebelum ini tidaklah sebaik yang diharapkan, setiap daripada saudara/saudari perlu menjadikannya iktibar dan pengajaran berguna. Saudara/saudari mesti ingat bahawa pengajian di peringkat universiti tidaklah semudah yang disangkakan. Walaupun sudah dewasa, kadang-kadang kita terlupa untuk menilai samada kesungguhan serta usaha yang dilakukan setimpal dengan keputusan yang diinginkan atau diharapkan.
Sepanjang pemerhatian dan berinteraksi dengan rakan-rakan pelajar di pusat pembelajaran, saya dapati komitmen yang kebanyakan saudara/saudari berikan terhadap kecemerlangan akademik adalah jauh berkurangan daripada yang sepatutnya. Cubalah nilai sendiri sebanyak mana masa yang diperuntukkan untuk mentelaah dan memahami kandungan modul, sejauh mana kemudahan OLP dimanfaatkan, serta setakat mana keutamaan yang diberikan untuk hadir ke sesi tutorial. Akhirnya saudara/saudari sendiri sahaja yang mampu memberikan jawapannya.
Hendaknya janganlah kita lupa dengan pesanan keramat yang diperturunkan semenjak zaman berzaman ”kalau tidak dipecahkan royong, masakan dapat sagunya”, ”hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, ”usang dibaharui, lapuk dikajangi”. Inilah masa untuk mendapatkan bimbingan serta panduan yang berguna daripada kemudahan yang disediakan seperti Kaunseling Akademik, e-kaunseling dan sebagainya. Selamat Maju Jaya.

Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Chai

Seluruh warga Pusat Pembelajaran Pahang mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan tutor, alumni, dan pelajar yang menyambut Tahun Baru Cina. Semoga tahun baru ini
akan membawa kemewahan dan keharmonian kepada semua.

Thursday, February 11, 2010

Antara impian dan kenyataan

Antara cabaran yang paling besar dihadapi oleh kebanyakan pelajar di OUM dalam mengejar impian untuk menamatkan pengajian dengan jayanya ialah bagaimana untuk menguruskan masa dengan berkesan. Ini kerana, berbeza dengan penuntut-penuntut IPT yang mengikuti program sepenuh masa, pelajar OUM tetap menanggung beban tugas hakiki serta komitmen-komitmen lain yang sedia ada. Kemudian, segala tanggungjawab tersebut ditambahi dengan tugas sebagai seorang pelajar yang juga perlu diberi keutamaan.
Sistem pembelajaran di OUM yang menawarkan kaedah pembelajaran teraduan yang terdiri daripada pembelajaran kendiri, tutorial bersemuka dan pembincangan atas talian sememangnya disediakan untuk memenuhi keperluan seorang pelajar yang mengikuti pengajian secara “terbuka dan jarak jauh”. Bagaimanapun atas sifat-sifat sebagai insan biasa, kadang-kadang kita tidak boleh lari dari kealpaan dan lemah semangat, lebih-lebih lagi apabila menghadapi cabaran untuk mengejar masa, kesukaran menguasai pembelajaran, cabaran kewangan atau masalah mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga.
Dari kacamata saya sebagai pentadbir di Pusat Pembelajaran, pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam pengajian mereka di OUM adalah mereka yang meletakkan sasaran yang jelas tentang apa yang ingin dicapai di akhir jangkamasa tertentu yang ditetapkan. Jika itu jelas, maka segala halangan yang muncul sepanjang pengajian pastinya dapat di atasi dengan mudah. Mereka yang berjaya juga mempunyai rangka kerja yang sistematik bukan hanya dalam urusan pembelajaran, malah juga menunjukkan kepekaan terhadap tindakan-tindakan yang perlu diselesaikan dalam setiap semester sepanjang pengajian mereka. Pelajar OUM yang berjaya sering tampil ke depan untuk mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi. Rupa-rupanya hakikat ini selari dengan kenyataan Stephen Covey (1989) dalam bukunya yang masyhur, “The 7 Habits of Highly Effective People”. Beliau menyatakan antara tabiat berkesan yang ada pada orang yang berjaya ialah Be Proactive - Principles of Personal Choice, Begin with the End in Mind - Principles of Personal Vision dan Put First Things First - Principles of Integrity & Execution.
Jelasnya, walaupun ditimbuni dengan tanggungjawab lain yang perlu dipenuhi, manusia yang cemerlang sentiasa berupaya menyusun semula keutamaan berdasarkan situasi semasa serta apa yang ingin dicapai dalam hidupnya. Seringkali saya perhatikan, bagi yang kecundang dan menyerah kalah dalam perjalanan sebagai pelajar di OUM adalah yang tidak berupaya menyusun langkah yang efektif untuk mendepani segala cabaran dari hambatan masa. Mereka juga tidak dapat menyelesaikan masalah pembelajaran, serta tidak berupaya memfokuskan kepada pengajian mengatasi tarikan-tarikan lain yang menggamit.
Walhal di OUM, dengan kepakaran dan teknologi yang sedia ada, segala macam pentas tersedia yang boleh dimanfaatkan dan dikhususkan untuk membantu pelajar samada dalam hal-hal berkaitan akademik mahupun peribadi. Antaranya, inisiatif yang diaturkan oleh Pusat Pengurusan Pelajar seperti sesi kaunseling akademik, klinik peperiksaan, aplikasi kaunseling atas talian, dan e-customer management serta pusat perkhidmatan pelajar. Ini tidak termasuk penerbitan berkala seperti Learner Connexxions yang sentiasa mengutarakan pandangan, tips untuk pelajar, serta maklumat lain yang sangat berguna. Pokok pangkalnya adalah asalkan berkehendak.
Oleh yang demikian, bagi Saudara/saudari yang sudah memulakan langkah ke arah memajukan diri untuk mendapatkan ilmu di OUM, teruskanlah langkah berani ini. Jangan lupa pepatah keramat “alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan”. Janganlah hendaknya “umpan habis pancing putus, punca terlepas daripada tangan”.”Hemat pangkal kaya, rajin pangkal pandai”. Selamat maju jaya.

Tuesday, January 12, 2010

Selamat Datang Warga Baru PP Pahang







Kuantan 9 Jan 2010 - Kira-kira 100 orang telah mendaftar kemasukan ke Sesi Januari 2010 di Pusat Pembelajaran Pahang. Pada sesi yang bermula pukul 8.30 pagi tersebut, taklimat mengenai pengenalan OUM dan peraturan akademik telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Pembelajaran Pahang, En Ahmad Izanee Awang. Sebelum sesi pendaftaran dijalankan, satu siri Bengkel Kemahiran Belajar telah turut diberikan kepada pelajar di mana taklimat telah disampaikan oleh Tutor Kanan, Tn Hj Asrudin Abas dan Pn Suriani Sulaiman. Bengkel Kemahiran Belajar tersebut telah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengurusan kendiri dan portal OUM.
Diucapkan selamat maju jaya kepada semua warga baru Pusat Pembelajaran Pahang dan Selamat datang ke OUM!

Thursday, September 17, 2009

GRADUATION NITE DINNER 09


Terlebih dahulu saya bagi pihak Alumni OUM Chapter Pahang sukacita mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas di atas kejayaan Sdra/Sdri menamatkan pengajian di OUM dan bergelar graduan. Pada tahun ini, kira-kira seramai 650 orang pelajar dari Pahang yang telah menamatkan pengajian di OUM.

Bagi meraikan kejayaan hasil penat lelah serta pengorbanan Sdra/Sdri selama ini dan bersempena Istiadat Konvokesyen yang bakal Sdra/Sdri hadiri pada pertengahan November nanti, Alumni OUM Chapter Pahang dengan berbesar hati menjemput Sdra/Sdri menghadiri Majlis Makan Malam Graduan 09 yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 6 hb November 2009 (Jumaat)
Tempat : Dewan Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota, Kuantan
Waktu : 8.00 malam hingga 10.30 malam
Bayaran : RM45.00 seorang

2. Majlis ini juga bertujuan memperkenalkan Alumni OUM Chapter Pahang di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara bakal graduan dan Ahli Jawatankuasa Alumni OUM Chapter Pahang. Ia dijangka akan dihadiri oleh Ybhg. Bhg. Naib Canselor OUM, Profesor Emeritus Tan Sri Anwar Ali atau wakil Pengurusan Tertinggi OUM.

3. Bagi memeriahkan lagi majlis ini serta menghargai sokongan dan pengorbanan orang tersayang, penyertaan pasangan dan ahli keluarga masing-masing amatlah dialu-alukan dengan kadar bayaran RM45 seorang (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah).

4. Memandangkan tempat adalah terhad, kami menerima pengesahan berdasarkan first come first serve basis. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Marinie 09-5723776/ 013-9769897

5. Semoga dengan kesudian Sdra/Sdri untuk hadir akan memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian, Salam Hormat.


(TAN SENG BEE)
Pengerusi

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dari seluruh kakitangan dan pengurusan PP Pahang dan Mentakab.
Ahmad Izanee Awang
Marinie Ab Halim
Rosnaini Omar
Jamilhilul Faiz Ahmad Jasnin

Monday, September 14, 2009

Pendaftaran Kemasukan Sem September 2009















Kuantan, 5 September 2009 -Pusat Pembelajaran Pahang, Mentakab dan IPTAA Lipis mengalu-alukan kedatangan pelajar baru kumpulan Open Market dan SMP Kohort 6 ke sesi pendaftaran Semester September 2009 yang telah diadakan di Kuantan. Seramai sejumlah 170 orang pelajar baru telah mendaftar pada hari tersebut. Selepas pendaftaran, pelajar terus diberikan taklimat dan Bengkel Kemahiran Belajar untuk memastikan pelajar baru mendapat maklumat khususnya mengenai portal OUM, Digital Library dan persediaan menghadapi sistem pembelajaran terbuka dan jarak jauh.

Diucapkan selamat maju jaya kepada semua, dan didoakan semoga semuanya berjalan lancar serta dapat meneruskan pengajian masing-masing dengan jayanya sehingga tamat.

Iftar Bersama Anak Yatim
















Kuantan 8 September – Satu majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim di rumah anak-anak yatim Permata Camar telah berlangsung dalam keadaan serba sederhana tetapi penuh bermakna. Majlis anjuran bersama Pusat Pembelajaran Pahang dan Alumni OUM Chapter Pahang telah dihadiri seramai kira-kira 70 orang yang terdiri daripada penghuni asrama, kakitangan asrama, ahli Alumni OUM, dan staf di Pusat Pembelajaran Pahang. Turut hadir di majlis tersebut ialah wakil Badan Nadwah Pahang, iaitu Pertubuhan Bukan Kerajaan yang menjadi badan induk yang menguruskan rumah tersebut.

Sumbangan yang disampaikan adalah berbentuk duit raya, makanan ringan dan bahan-bahan keperluan harian untuk dimasak seperti minyak masak, susu, sardin, beras, milo makanan dalam tin dan sebagainya. Selain itu, cek sebanyak RM2000 turut disampaikan bagi tabung pembinaan sebuah bangunan asrama yang lebih selesa. Sumbangan-sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Pembelajaran Pahang, Ahmad Izanee Awang. Segala sumbangan yang disampaikan adalah hasil kutipan daripada pelajar, tutor dan staf di Pusat-pusat Pembelajaran Pahang, Mentakab dan IPTAA Lipis.

Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad Izanee berharap walaupun sumbangan yang diberikan adalah sedikit, namun yang penting adalah keikhlasan daripada seluruh warga OUM yang menyumbang dan diharap mendapat keberkatan dari Allah SWT lebih-lebih lagi bersempena bulan Ramadhan AlMubarak ini. “Ia juga menunjukkan bahawa di luar sana, ramai orang yang prihatin dengan nasib anak-anak di sini”, ujar beliau. Terdapat seramai 30 orang anak-anak yatim yang tinggal di rumah tersebut. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah En Tan Seng Bee selaku Presiden Alumni OUM Chapter Pahang.

TANPA MENGENEPIKAN SEBARANG KEMUNGKINAN







Musim peperiksaan akhir semester Mei 2009 yang berlangsung pada 13 Julai hingga 4 Ogos yang lalu memberi cabaran yang besar terutamanya kepada seluruh pelajar di Pusat Pembelajaran Pahang. Ia bukan kerana debaran untuk memastikan jawapan terbaik dipersembahkan terhadap segala soalan yang keluar dalam peperiksaan, tetapi arahan pemakaian topeng muka oleh Kementarian Kesihatan Malaysia ekoran penularan virus selsema babi (H1N1) yang melanda seluruh dunia akhir-akhir ini.
Dewan Peperiksaan yang menempatkan calon-calon dari PP Pahang terlibat secara langsung ekoran arahan ini disebabkan ia merupakan sebahagian daripada bangunan kampus kolej yang diarahkan tutup operasi selama 10 hari. Ia kerana beberapa orang pelajarnya didapati positif menghidap H1N1. Ekoran itu, pihak pengurusan OUM turut mengarahkan semua calon yang menduduki peperiksaan supaya memakai topeng muka sepanjang waktu berada di dalam kawasan kolej berkenaan termasuk di dewan peperiksaan.
Keadaan ini menimbulkan sedikit ketidakselesaan di kalangan calon yang menduduki peperiksaan. Namun setiap calon terpaksa akur dan peraturan tetap dipatuhi demi menjaga kesihatan dan mengelak daripada sebarang kemungkinan jangkitan virus berbahaya yang boleh menyebabkan kematian ini. Bagaimanapun diharapkan agar keadaan ini tidak menjejaskan prestasi calon yang terlibat.