Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Monday, November 24, 2008

PEPERIKSAAN AKHIR SEM SEP 08

EXAM EXAM EXAM EXAM EXAM
ExamExamExamExamExam
ExamExamExamExamExam
ExamExamExamExamExam
ExamExamExamExamExam
ExamExamExamExamExam
Selamat Maju Jaya untuk semua!!!!
24 Nov - 16 Dis 2008

Tuesday, November 11, 2008

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SEM JAN 09




Permohonan kemasukan untuk Sesi Januari 2009 sedang dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke OUM di dalam pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana.
Borang permohonan boleh diambil di mana-mana Pejabat Operasi OUM atau boleh diisi secara online di dalam laman web OUM.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada pejabat operasi di talian 09-5723776/77/78.



Tuesday, November 4, 2008

Program Seminar Peperiksaan

NOTIS PROGRAM SEMINAR PEPERIKSAAN SEM SEPT 08

Memandangkan Program Seminar Peperiksaan yang telah diadakan pada setiap semester sebelum ini bagi beberapa subjek telah memberi impak yang positif terhadap keputusan peperiksaan, maka mulai semester ini pihak PP Pahang bercadang untuk menambah lagi subjek dan mewajibkan semua pelajar yang mengambil subjek berkenaan untuk mengikuti program tersebut.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi kesempatan kepada pelajar mengulangkaji dan berbincang soalan peperiksaan semester lalu bersama tutor masing-masing berdasarkan skema pemarkahan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang.

Dengan itu, saya berharap agar semua pelajar yang mengambil subjek yang disenaraikan di bawah supaya mendaftar dan menyertai program Seminar Peperiksaan yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh :
16 November 2008 (Ahad)
Waktu : Sila rujuk jadual
Tempat : Pusat Pembelajaran Pahang,
d/a Kolej Shahputra
Bayaran :
RM10/subjek

Senarai subjek adalah seperti berikut:

KOD NAMA SUBJEK KOD NAMA SUBJEK
OUMH1303 English for Oral Communication BBUS2103 Undang-undang Perniagaan
BBEK1103 Prinsip Mikroekonomi BBKN3103 Business Communication
BBMP1103 Matematik Pengurusan SBMA1103 Matematik Persediaan
BBAP2103 Perakaunan Pengurusan SBMA1303 Trigonometry and Calculus
BBAW2103 Perakaunan Kewangan SBMA4603 Numerical Method
BBEK4203 Makroekonomi SBST1103 Pengantar Statistik
BBPW3103 Pengurusan Kewangan 1 EDXD2103 Lukisan Kejuruteraan

Sila daftar dan buat pembayaran dengan kadar segera di pejabat PP Pahang.

Diucapkan Selamat Maju Jaya.

Monday, October 27, 2008

Pengumuman Berkaitan PP Pahang


Dimaklumkan bahawa sebarang pengumuman khusus bagi pelajar dan tutor di PP Pahang boleh didapati di dalam myLMS di bahagian C03 di dalam Online Community. Pelajar dan tutor diminta sentiasa menyemak maklumat di bahagian ini dari masa ke semasa untuk memastikan tiada maklumat yang ketinggalan. Sila klik pada C03 seperti dalam gambar di atas.

Tuesday, October 21, 2008

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

PERINGATAN PENTING kepada semua pelajar yang mengambil kursus yang mempunyai peperiksaan pertengahan semester bagi semester ini. Sila ambil perhatian bahawa tarikh peperiksaan adalah pada 31/10/08 hingga 2/11/08.

Pastikan anda merujuk kepada jadual peperiksaan yang disediakan bagi kursus yang anda ikuti. Pastikan juga persediaan secukupnya dibuat agar anda mendapat skor yang baik dalam peperiksaan tersebut nanti.

Diucapkan selamat maju jaya!

Sunday, October 19, 2008

Jamuan Hari Raya Alumni

Suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih dirasakan di segenap pelusuk tanahair. Rumah-rumah terbuka masih diadakan di mana jua dengan pelbagai hidangan dan makanan yang disediakan untuk para tetamu yang datang. Tidak ketinggalan bagi Pusat Pembelajaran Pahang yang turut memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bersama ahli-ahli alumni, tutor serta pelajarnya.

Majlis perjumpaan dan jamuan hari raya tersebut yang diadakan di Astana Golf and Country Club, Kuantan telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli alumni dan pelajar dari Pusat Pembelajaran Pahang. Program ini adalah anjuran bersama Alumni OUM Cawangan Pahang dan Pusat Pembelajaran Pahang.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Tn. Hj. Shafik Fauzan Bin Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang.

Kehadiran dan sambutan yang diberikan terutamanya oleh ahli-ahli alumni dan pelajar mencerminkan semangat kerjasama, komitmen serta kebanggaan terhadap OUM. Ini disebabkan pelajar OUM datang dari latarbelakang yang berbeza bukan sahaja dari segi komitmen lain, malah mereka juga bertaburan dalam lingkungan jarak yang berjauhan.

Seperti juga universiti-universiti lain, Persatuan Alumni OUM merupakan badan penting untuk membina jaringan yang berterusan bukan sahaja di kalangan sesama graduan, malah turut melibatkan bakal-bakal graduan, pelajar semasa dan pihak pengurusan universiti itu sendiri.

Melalui persatuan alumni, pelbagai maklumat dan perkembangan terkini di OUM yang boleh disalurkan kepada ahli-ahlinya. Dengan ini, hubungan antara OUM dan bekas pelajar akan berkekalan.

Dengan demikian, penglibatan yang aktif dari ahli-ahli Persatuan Alumni sudah pasti akan memberikan banyak manfaat jangka pendek dan janga panjang kepada semua pihak.

Dengan bilangan keahlian sudah mencecah 973 orang di Negeri Pahang, ahli-ahli alumni sudah pasti boleh menjadi agen yang berkesan dalam menyebarkan maklumat mengenai peluang pendidikan di OUM kepada rakan-rakan sepejabat, sanak saudara dan masyarakat setempat yang berminat untuk meningkatkan ilmu dalam pelbagai bidang yang ditawarkan oleh universiti ini.

Sehingga kini, OUM sangat berbangga kerana ahli-ahli alumni di Pahang telah memberikan banyak sumbangan yang berterusan kepada universiti. Ianya termasuk membantu menjayakan beberapa aktiviti setempat yang berlangsung sepanjang tahun ini samada yang disertai oleh OUM mahupun yang dianjurkan olehnya.

Setelah beroperasi lebih lapan tahun di Negeri Pahang, diharapkan agar OUM akan menjadi salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terkemuka serta memberi sumbangan penting dalam membina modal insan yang berpengetahuan khususnya bagi masyarakat di negeri ini.

Dengan sistem pembelajaran yang unik dan sesuai untuk memenuhi keperluan golongan bekerja, OUM sudah pasti akan dapat memenuhi falsafah ”Pembelajaran Sepanjang Hayat”nya.

Pada tahun hadapan, OUM akan menawarkan beberapa lagi program baru di peringkat Sarjana Muda iaitu Psikologi, Komunikasi, Pengajian Islam, Pengajian Bahasa Inggeris dan Teknologi Multimedia. Bagi pekerja di industri, program pengajian dalam bidang Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran, dan Pengurusan Pembuatan juga akan ditawarkan.

Jamuan Hari Raya Alumni


Penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat - EXCO Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang, Tn Hj Shafik Fauzan Bin Hj Sharif (Kanan sekali).

Tuesday, October 7, 2008

Bisik-bisik Peperiksaan

Dalam keghairahan dan keseronokan rumah terbuka dan jamuan Hari Raya yang sedang rancak ini, diharap warga PP Pahang tidak melupakan tarikh peperiksaan Pertengahan Semester yang akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 2 November 2008.
Diucapkan Selamat Maju Jaya!!

Cerita Tentang Nasib



PP Pahang bersama Persatuan Jururawat Malaysia (Cawangan Pahang) telah mengadakan program lawatan dan gotong royong membersih rumah OKU Sg Lembing bersempena Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang baru-baru ini. Program ini telah disertai oleh kira-kira 50 orang jururawat dari HTAA Kuantan yang sebahagiannya merupakan penuntut OUM dalam Program BNS.

PP Pahang Bersama Masyarakat



Menyertai masyarakat Sg Isap dalam program Gotong Royong Perdana yang turut disertai pihak berkuasa tempatan. PP Pahang diwakili kira-kira 40 orang yang terdiri daripada tutor kanan, alumni, pelajar dan staf.

Keakraban Terpaut


Buat julungkalinya mesyuarat AJK Alumni Chapter Pahang diadakan di rumah Setiausaha Alumni, Tn Hj Jamaludin di Alor Akar pada 7/10/08 yang lalu. Kesudian beliau menawarkan mesyuarat kali ini diadakan di kediaman beliau sesungguhnya membuktikan keakraban dan silaturrahim di kalangan AJK Alumni OUM menjangkau hubungan sekadar meyempurnakan tugas-tugas rasmi semata-mata. Pelbagai juadah disediakan bersempena Hari Raya Aidilfitri.

Thursday, September 25, 2008

Program Ziarah Raya ke Wad Pediatrik HTAA




Dalam suasana kegembiraan untuk persiapan menyambut 1 Syawal yang bakal tiba beberapa hari saja lagi, pihak pengurusan Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Pusat Pembelajaran Pahang tidak melupakan nasib yang menimpa pesakit di wad kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Ia terbukti apabila satu rombongan seramai 10 orang wakil daripada Pusat Pembelajaran OUM Pahang telah berkunjung ke wad tersebut pada 25 September 2008 lalu dalam satu Program Ziarah Raya. Ia bertujuan untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada kira-kira 50 orang pesakit yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di hospital. Kunjungan tersebut terdiri daripada Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Pahang, Presiden Alumni Chapter Pahang, Tutor Kanan, Tutor, wakil pelajar dan kakitangan.
Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk duit raya dan barangan makanan. Ia adalah hasil sumbangan ikhlas daripada seluruh warga Pusat Pembelajaran OUM Pahang yang diadakan baru-baru ini.

Keprihatinan seluruh warga Pusat Pembelajaran OUM Pahang yang sudi memberi sumbangan untuk menjayakan program ini amatlah disanjung tinggi.

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada seluruh warga PP Pahang diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Dzahir & Batin dari semua staf PP Pahang dan PPT Mentakab. Semoga Ramadhan pada tahun ini membawa penuh keberkatan & Hari Raya pula membawa lebih keceriaan kepada kita semua.

Saturday, August 16, 2008

PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR


PP Pahang menerima pendaftaran pelajar lama dan penyerahan modul bagi semester September 2008 pada 17 Ogos 2008. Kira-kira seramai hampir 300 orang pelajar lama hadir untuk mendaftar dan mengambil modul pada hari tersebut.

LATIHAN TUTOR SENIOR



Bagi meningkatkan kualiti pengajaran di OUM, satu latihan tutor senior dan tutor baru telah diadakan di PP Pahang pada 17 Ogos 2008. Sesi latihan tersebut telah dikendalikan oleh beberapa orang tutor kanan PP Pahang. Bagi memastikan kelancaran program yang diadakan, sesi tersebut telah dipantau oleh wakil Pengurusan OUM iaitu Prof. Madya Dr Kanesan, Timbalan Dekan Fakulti sains dan Teknologi. sehari sebelum itu, beliau telah memberi latihan kepada tutor-tutor kanan dari Kuantan dan Mentakab. Seramai lebih 40 orang tutor di PP Pahang menghadiri sesi latihan tersebut.

Pendaftaran Pelajar Baru Sem. September 2008



Gambar-gambar sekitar sesi pendaftaran pelajar-pelajar baru bagi semester September 2008 yang berlangsung pada 16 Ogos 2008 bertempat di PP Pahang.

Tuesday, July 15, 2008

Majlis Makan Malam PP Pahang


Bersempena kunjungan wakil Pengurusan Tertinggi OUM ke PP Pahang pada 16 Mei 2008 , satu majlis makan malam tidak rasmi telah diadakan di sebuah resotoran terkemuka di Kuantan. Majlis ringkas ini telah dihadiri oleh sebahagian warga PP Pahang yang terdiri dari wakil tutor, alumni, pelajar dan kakitangan.


Majlis seumpama ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan antara Pengurusan Tertinggi dengan warga PP Pahang.




Pertanding Bowling PP Pahang

Sebahagian daripada lebih 80 peserta yang menyertai pertandingan bowling persahabatan yang dianjurkan oleh PP Pahang. Peserta-peserta terdiri daripada tutor, alumni, pelajar dan kakitangan PP Pahang dan PPT Mentakab. Aktiviti ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan oleh wakil Pengurusan OUM yang diketuai oleh Profesor Ramli Bahroom bersama Profesor Dr Latifah dan Pn Nik Azlina. Pertandingan tersebut diadakan di Megalanes Bowling Centre, Kuantan pada 17 Mei 2008. Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada pemenang.
Profesor Latifah sedang beraksi untuk mendapatkan strike!

Jawatankuasa Alumni (Pahang)

Duduk dari kiri: Pn Azizah Salleh, Tn. Hj. Jamaluddin Ab. Jalil (Setiausaha), Tn Hj Ahmad Izanee Awang (Pengurus PP), En Tan Seng Bee (Pengerusi), Tn Hj. Ishak Yaakub (Naib Pengerusi), Pn Natrah Mohd Noh(Bendahari).
Berdiri dari kiri: En Kamarulazlan Mohd Pati, En Wan Shamsul Kahar Wan Hasan, Tn Hj Zulkifli Mohamad, En Muhamad Ahmad, En Mohd Ali Zainal, En Adnan Che Harun

BKB Pelajar Baru Semester Januari 2008


Bengkel Kemahiran Belajar bagi pelajar-pelakar baru ambilan Semester Januari 2008 di PP Pahang telah diadakan pada 15 Mei 2008 yang lalu. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Ramli Bahroom, Pengurus Besar Perancangan Korporat dan Komunikasi OUM.

Program Silaturrahim bersama Presiden/Naib Canselor

YBhg. Profesor Tan Sri anuwar Ali, Presiden/Naib Canselor OUM menyampaikan ucapan kepada hadirin dalam Majlis Silturrahim bersama Tutor, Alumni dan pelajar di PP Pahang. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Naib Presiden Kanan, Dekan-dekan dan Pengurusan Tertinggi yang lain.
Hadirin mendengar amanat yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Presiden.
14 Januari 2008, di PP Pahang.

Monday, July 14, 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan



Pengurusan OUM PP Pahang mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan akhir Semester Mei 2008 kepada seluruh warga PP Pahang. Pperiksaan akan berlangsung pada 14 Julai 2008 sehingga 3 Ogos 2008. Diucapkan selamat maju jaya dan didioakan agar semua akan mencapai keputusan yang cemerlang.

Wednesday, July 9, 2008

Khidmat Komuniti PP Pahang

Bersempena sambutan hari jururawat antarabangsa 2008 peringkat Negeri Pahang pada 5 Julai 2008, PP Pahang telah menyertai Persatuan Jururawat Cawangan Pahang menjalankan kerja gotong-royong di Rumah OKU Sg. Lembing. Program ini disertai oleh jururawat dari HTAA dan kakitangan PP Pahang. Sebilangan daripada jururawat tersebut merupakan pelajar program BNS di sini. Program ini telah diketuai oleh Pn Dashimah Hashim, Penyelia Jururawat Negeri yang juga tutor program BNS di PP Pahang.


Peserta program gotong royong bergambar kenangan bersama penghuni rumah OKU Sg Lembing selepas aktiviti selesai.

Peralatan pembersihan yang dibawa dari HTAA dan Pusat Kesihatan Sg Lembing.

Melawat bengkel penghuni rumah OKU sebelum kerja-kerja gotong royong dijalankan.

Cenderahati kenangan disampaikan oleh Matron Dashimah kepada penghuni rumah OKU di penghujung majlis.


OUM Pahang Online Community

Welcome to OUM Pahang Online Community