Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Monday, October 27, 2008

Pengumuman Berkaitan PP Pahang


Dimaklumkan bahawa sebarang pengumuman khusus bagi pelajar dan tutor di PP Pahang boleh didapati di dalam myLMS di bahagian C03 di dalam Online Community. Pelajar dan tutor diminta sentiasa menyemak maklumat di bahagian ini dari masa ke semasa untuk memastikan tiada maklumat yang ketinggalan. Sila klik pada C03 seperti dalam gambar di atas.

Tuesday, October 21, 2008

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

PERINGATAN PENTING kepada semua pelajar yang mengambil kursus yang mempunyai peperiksaan pertengahan semester bagi semester ini. Sila ambil perhatian bahawa tarikh peperiksaan adalah pada 31/10/08 hingga 2/11/08.

Pastikan anda merujuk kepada jadual peperiksaan yang disediakan bagi kursus yang anda ikuti. Pastikan juga persediaan secukupnya dibuat agar anda mendapat skor yang baik dalam peperiksaan tersebut nanti.

Diucapkan selamat maju jaya!

Sunday, October 19, 2008

Jamuan Hari Raya Alumni

Suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih dirasakan di segenap pelusuk tanahair. Rumah-rumah terbuka masih diadakan di mana jua dengan pelbagai hidangan dan makanan yang disediakan untuk para tetamu yang datang. Tidak ketinggalan bagi Pusat Pembelajaran Pahang yang turut memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bersama ahli-ahli alumni, tutor serta pelajarnya.

Majlis perjumpaan dan jamuan hari raya tersebut yang diadakan di Astana Golf and Country Club, Kuantan telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli alumni dan pelajar dari Pusat Pembelajaran Pahang. Program ini adalah anjuran bersama Alumni OUM Cawangan Pahang dan Pusat Pembelajaran Pahang.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Tn. Hj. Shafik Fauzan Bin Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang.

Kehadiran dan sambutan yang diberikan terutamanya oleh ahli-ahli alumni dan pelajar mencerminkan semangat kerjasama, komitmen serta kebanggaan terhadap OUM. Ini disebabkan pelajar OUM datang dari latarbelakang yang berbeza bukan sahaja dari segi komitmen lain, malah mereka juga bertaburan dalam lingkungan jarak yang berjauhan.

Seperti juga universiti-universiti lain, Persatuan Alumni OUM merupakan badan penting untuk membina jaringan yang berterusan bukan sahaja di kalangan sesama graduan, malah turut melibatkan bakal-bakal graduan, pelajar semasa dan pihak pengurusan universiti itu sendiri.

Melalui persatuan alumni, pelbagai maklumat dan perkembangan terkini di OUM yang boleh disalurkan kepada ahli-ahlinya. Dengan ini, hubungan antara OUM dan bekas pelajar akan berkekalan.

Dengan demikian, penglibatan yang aktif dari ahli-ahli Persatuan Alumni sudah pasti akan memberikan banyak manfaat jangka pendek dan janga panjang kepada semua pihak.

Dengan bilangan keahlian sudah mencecah 973 orang di Negeri Pahang, ahli-ahli alumni sudah pasti boleh menjadi agen yang berkesan dalam menyebarkan maklumat mengenai peluang pendidikan di OUM kepada rakan-rakan sepejabat, sanak saudara dan masyarakat setempat yang berminat untuk meningkatkan ilmu dalam pelbagai bidang yang ditawarkan oleh universiti ini.

Sehingga kini, OUM sangat berbangga kerana ahli-ahli alumni di Pahang telah memberikan banyak sumbangan yang berterusan kepada universiti. Ianya termasuk membantu menjayakan beberapa aktiviti setempat yang berlangsung sepanjang tahun ini samada yang disertai oleh OUM mahupun yang dianjurkan olehnya.

Setelah beroperasi lebih lapan tahun di Negeri Pahang, diharapkan agar OUM akan menjadi salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terkemuka serta memberi sumbangan penting dalam membina modal insan yang berpengetahuan khususnya bagi masyarakat di negeri ini.

Dengan sistem pembelajaran yang unik dan sesuai untuk memenuhi keperluan golongan bekerja, OUM sudah pasti akan dapat memenuhi falsafah ”Pembelajaran Sepanjang Hayat”nya.

Pada tahun hadapan, OUM akan menawarkan beberapa lagi program baru di peringkat Sarjana Muda iaitu Psikologi, Komunikasi, Pengajian Islam, Pengajian Bahasa Inggeris dan Teknologi Multimedia. Bagi pekerja di industri, program pengajian dalam bidang Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran, dan Pengurusan Pembuatan juga akan ditawarkan.

Jamuan Hari Raya Alumni


Penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat - EXCO Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang, Tn Hj Shafik Fauzan Bin Hj Sharif (Kanan sekali).

Tuesday, October 7, 2008

Bisik-bisik Peperiksaan

Dalam keghairahan dan keseronokan rumah terbuka dan jamuan Hari Raya yang sedang rancak ini, diharap warga PP Pahang tidak melupakan tarikh peperiksaan Pertengahan Semester yang akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 2 November 2008.
Diucapkan Selamat Maju Jaya!!

Cerita Tentang Nasib



PP Pahang bersama Persatuan Jururawat Malaysia (Cawangan Pahang) telah mengadakan program lawatan dan gotong royong membersih rumah OKU Sg Lembing bersempena Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang baru-baru ini. Program ini telah disertai oleh kira-kira 50 orang jururawat dari HTAA Kuantan yang sebahagiannya merupakan penuntut OUM dalam Program BNS.

PP Pahang Bersama Masyarakat



Menyertai masyarakat Sg Isap dalam program Gotong Royong Perdana yang turut disertai pihak berkuasa tempatan. PP Pahang diwakili kira-kira 40 orang yang terdiri daripada tutor kanan, alumni, pelajar dan staf.

Keakraban Terpaut


Buat julungkalinya mesyuarat AJK Alumni Chapter Pahang diadakan di rumah Setiausaha Alumni, Tn Hj Jamaludin di Alor Akar pada 7/10/08 yang lalu. Kesudian beliau menawarkan mesyuarat kali ini diadakan di kediaman beliau sesungguhnya membuktikan keakraban dan silaturrahim di kalangan AJK Alumni OUM menjangkau hubungan sekadar meyempurnakan tugas-tugas rasmi semata-mata. Pelbagai juadah disediakan bersempena Hari Raya Aidilfitri.