Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Monday, September 14, 2009

TANPA MENGENEPIKAN SEBARANG KEMUNGKINAN







Musim peperiksaan akhir semester Mei 2009 yang berlangsung pada 13 Julai hingga 4 Ogos yang lalu memberi cabaran yang besar terutamanya kepada seluruh pelajar di Pusat Pembelajaran Pahang. Ia bukan kerana debaran untuk memastikan jawapan terbaik dipersembahkan terhadap segala soalan yang keluar dalam peperiksaan, tetapi arahan pemakaian topeng muka oleh Kementarian Kesihatan Malaysia ekoran penularan virus selsema babi (H1N1) yang melanda seluruh dunia akhir-akhir ini.
Dewan Peperiksaan yang menempatkan calon-calon dari PP Pahang terlibat secara langsung ekoran arahan ini disebabkan ia merupakan sebahagian daripada bangunan kampus kolej yang diarahkan tutup operasi selama 10 hari. Ia kerana beberapa orang pelajarnya didapati positif menghidap H1N1. Ekoran itu, pihak pengurusan OUM turut mengarahkan semua calon yang menduduki peperiksaan supaya memakai topeng muka sepanjang waktu berada di dalam kawasan kolej berkenaan termasuk di dewan peperiksaan.
Keadaan ini menimbulkan sedikit ketidakselesaan di kalangan calon yang menduduki peperiksaan. Namun setiap calon terpaksa akur dan peraturan tetap dipatuhi demi menjaga kesihatan dan mengelak daripada sebarang kemungkinan jangkitan virus berbahaya yang boleh menyebabkan kematian ini. Bagaimanapun diharapkan agar keadaan ini tidak menjejaskan prestasi calon yang terlibat.

No comments: