Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Thursday, September 17, 2009

GRADUATION NITE DINNER 09


Terlebih dahulu saya bagi pihak Alumni OUM Chapter Pahang sukacita mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas di atas kejayaan Sdra/Sdri menamatkan pengajian di OUM dan bergelar graduan. Pada tahun ini, kira-kira seramai 650 orang pelajar dari Pahang yang telah menamatkan pengajian di OUM.

Bagi meraikan kejayaan hasil penat lelah serta pengorbanan Sdra/Sdri selama ini dan bersempena Istiadat Konvokesyen yang bakal Sdra/Sdri hadiri pada pertengahan November nanti, Alumni OUM Chapter Pahang dengan berbesar hati menjemput Sdra/Sdri menghadiri Majlis Makan Malam Graduan 09 yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 6 hb November 2009 (Jumaat)
Tempat : Dewan Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota, Kuantan
Waktu : 8.00 malam hingga 10.30 malam
Bayaran : RM45.00 seorang

2. Majlis ini juga bertujuan memperkenalkan Alumni OUM Chapter Pahang di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara bakal graduan dan Ahli Jawatankuasa Alumni OUM Chapter Pahang. Ia dijangka akan dihadiri oleh Ybhg. Bhg. Naib Canselor OUM, Profesor Emeritus Tan Sri Anwar Ali atau wakil Pengurusan Tertinggi OUM.

3. Bagi memeriahkan lagi majlis ini serta menghargai sokongan dan pengorbanan orang tersayang, penyertaan pasangan dan ahli keluarga masing-masing amatlah dialu-alukan dengan kadar bayaran RM45 seorang (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah).

4. Memandangkan tempat adalah terhad, kami menerima pengesahan berdasarkan first come first serve basis. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Marinie 09-5723776/ 013-9769897

5. Semoga dengan kesudian Sdra/Sdri untuk hadir akan memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian, Salam Hormat.


(TAN SENG BEE)
Pengerusi

No comments: