Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Friday, May 29, 2009

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU AMBILAN MEI 09

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA,
SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SELURUH WARGA BARU OUM AMBILAN SESI MEI 2009 KHUSUSNYA DI PP PAHANG.

SAYA BERDOA SEMOGA SDRA/SDRI AKAN TERUS GIGIH DAN ISTIQAMAH DALAM MENERUSKAN PERJUANGAN UNTUK MEMAJUKAN DIRI DALAM BIDANG MASING-MASING BERSAMA OUM.

SAYA BERSAMA SEMUA STAF DI PP PAHANG DAN MENTAKAB BERSEDIA MEMBANTU SDRA/SDRI DALAM MENCAPAI HASRAT MURNI ITU. SEKIRANYA ADA APA-APA PERTOLONGAN YANG DIPERLUKAN, DIHARAP DAPAT BERHUBUNG DENGAN MANA-MANA STAF YANG ADA.

SEKIAN, DIUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA.

Wednesday, January 14, 2009

Jasamu dikenang

Dimaklumkan bahawa Sdra Hisham Bin Mat Nor, Pentabir/Eksekutif di Pusat Pembelajaran Mentakab telah meletak jawatan mulai 10 Jan 2009 yang lalu. Sesungguhnya perletakan jawatan beliau merupakan satu kehilangan bukan sahaja kepada seluruh warga PP Pahang khususnya Mentakab, malah juga kepada OUM secara keseluruhan. Didoakan semoga beliau akan terus berjaya dalam apa jua bidang kerjaya yang bakal diceburi beliau di masa akan datang.

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009

Seluruh warga Pengurusan PP Pahang dan Mentakab mengucapkan selamat tinggal 2008 dan Selamat Datang Tahun Baru 2009. Semoga kedatangan tahun baru 2009 membawa bersamanya keberkatan, rezeki yang melimpah ruah, semangat dan iltizam yang lebih cemerlang.

Monday, November 24, 2008

PEPERIKSAAN AKHIR SEM SEP 08

EXAM EXAM EXAM EXAM EXAM
ExamExamExamExamExam
ExamExamExamExamExam
ExamExamExamExamExam
ExamExamExamExamExam
ExamExamExamExamExam
Selamat Maju Jaya untuk semua!!!!
24 Nov - 16 Dis 2008

Tuesday, November 11, 2008

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SEM JAN 09




Permohonan kemasukan untuk Sesi Januari 2009 sedang dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke OUM di dalam pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana.
Borang permohonan boleh diambil di mana-mana Pejabat Operasi OUM atau boleh diisi secara online di dalam laman web OUM.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada pejabat operasi di talian 09-5723776/77/78.



Tuesday, November 4, 2008

Program Seminar Peperiksaan

NOTIS PROGRAM SEMINAR PEPERIKSAAN SEM SEPT 08

Memandangkan Program Seminar Peperiksaan yang telah diadakan pada setiap semester sebelum ini bagi beberapa subjek telah memberi impak yang positif terhadap keputusan peperiksaan, maka mulai semester ini pihak PP Pahang bercadang untuk menambah lagi subjek dan mewajibkan semua pelajar yang mengambil subjek berkenaan untuk mengikuti program tersebut.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi kesempatan kepada pelajar mengulangkaji dan berbincang soalan peperiksaan semester lalu bersama tutor masing-masing berdasarkan skema pemarkahan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang.

Dengan itu, saya berharap agar semua pelajar yang mengambil subjek yang disenaraikan di bawah supaya mendaftar dan menyertai program Seminar Peperiksaan yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh :
16 November 2008 (Ahad)
Waktu : Sila rujuk jadual
Tempat : Pusat Pembelajaran Pahang,
d/a Kolej Shahputra
Bayaran :
RM10/subjek

Senarai subjek adalah seperti berikut:

KOD NAMA SUBJEK KOD NAMA SUBJEK
OUMH1303 English for Oral Communication BBUS2103 Undang-undang Perniagaan
BBEK1103 Prinsip Mikroekonomi BBKN3103 Business Communication
BBMP1103 Matematik Pengurusan SBMA1103 Matematik Persediaan
BBAP2103 Perakaunan Pengurusan SBMA1303 Trigonometry and Calculus
BBAW2103 Perakaunan Kewangan SBMA4603 Numerical Method
BBEK4203 Makroekonomi SBST1103 Pengantar Statistik
BBPW3103 Pengurusan Kewangan 1 EDXD2103 Lukisan Kejuruteraan

Sila daftar dan buat pembayaran dengan kadar segera di pejabat PP Pahang.

Diucapkan Selamat Maju Jaya.

Monday, October 27, 2008

Pengumuman Berkaitan PP Pahang


Dimaklumkan bahawa sebarang pengumuman khusus bagi pelajar dan tutor di PP Pahang boleh didapati di dalam myLMS di bahagian C03 di dalam Online Community. Pelajar dan tutor diminta sentiasa menyemak maklumat di bahagian ini dari masa ke semasa untuk memastikan tiada maklumat yang ketinggalan. Sila klik pada C03 seperti dalam gambar di atas.