PP Pahang menerima pendaftaran pelajar lama dan penyerahan modul bagi semester September 2008 pada 17 Ogos 2008. Kira-kira seramai hampir 300 orang pelajar lama hadir untuk mendaftar dan mengambil modul pada hari tersebut.
Staf di Pusat Pembelajaran Pahang
Saturday, August 16, 2008
LATIHAN TUTOR SENIOR
Bagi meningkatkan kualiti pengajaran di OUM, satu latihan tutor senior dan tutor baru telah diadakan di PP Pahang pada 17 Ogos 2008. Sesi latihan tersebut telah dikendalikan oleh beberapa orang tutor kanan PP Pahang. Bagi memastikan kelancaran program yang diadakan, sesi tersebut telah dipantau oleh wakil Pengurusan OUM iaitu Prof. Madya Dr Kanesan, Timbalan Dekan Fakulti sains dan Teknologi. sehari sebelum itu, beliau telah memberi latihan kepada tutor-tutor kanan dari Kuantan dan Mentakab. Seramai lebih 40 orang tutor di PP Pahang menghadiri sesi latihan tersebut.
Pendaftaran Pelajar Baru Sem. September 2008
Tuesday, July 15, 2008
Majlis Makan Malam PP Pahang
Bersempena
kunjungan wakil Pengurusan Tertinggi OUM ke PP Pahang pada 16 Mei 2008 , satu majlis makan malam tidak rasmi telah diadakan di sebuah resotoran terkemuka di Kuantan. Majlis ringkas ini telah dihadiri oleh sebahagian warga PP Pahang yang terdiri dari wakil tutor, alumni, pelajar dan kakitangan.
Majlis seumpama ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan antara Pengurusan Tertinggi dengan warga PP Pahang.
Pertanding Bowling PP Pahang
Jawatankuasa Alumni (Pahang)
Berdiri dari kiri: En Kamarulazlan Mohd Pati, En Wan Shamsul Kahar Wan Hasan, Tn Hj Zulkifli Mohamad, En Muhamad Ahmad, En Mohd Ali Zainal, En Adnan Che Harun
BKB Pelajar Baru Semester Januari 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)