Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Tuesday, October 7, 2008

Bisik-bisik Peperiksaan

Dalam keghairahan dan keseronokan rumah terbuka dan jamuan Hari Raya yang sedang rancak ini, diharap warga PP Pahang tidak melupakan tarikh peperiksaan Pertengahan Semester yang akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 2 November 2008.
Diucapkan Selamat Maju Jaya!!

Cerita Tentang Nasib



PP Pahang bersama Persatuan Jururawat Malaysia (Cawangan Pahang) telah mengadakan program lawatan dan gotong royong membersih rumah OKU Sg Lembing bersempena Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang baru-baru ini. Program ini telah disertai oleh kira-kira 50 orang jururawat dari HTAA Kuantan yang sebahagiannya merupakan penuntut OUM dalam Program BNS.

PP Pahang Bersama Masyarakat



Menyertai masyarakat Sg Isap dalam program Gotong Royong Perdana yang turut disertai pihak berkuasa tempatan. PP Pahang diwakili kira-kira 40 orang yang terdiri daripada tutor kanan, alumni, pelajar dan staf.

Keakraban Terpaut


Buat julungkalinya mesyuarat AJK Alumni Chapter Pahang diadakan di rumah Setiausaha Alumni, Tn Hj Jamaludin di Alor Akar pada 7/10/08 yang lalu. Kesudian beliau menawarkan mesyuarat kali ini diadakan di kediaman beliau sesungguhnya membuktikan keakraban dan silaturrahim di kalangan AJK Alumni OUM menjangkau hubungan sekadar meyempurnakan tugas-tugas rasmi semata-mata. Pelbagai juadah disediakan bersempena Hari Raya Aidilfitri.

Thursday, September 25, 2008

Program Ziarah Raya ke Wad Pediatrik HTAA




Dalam suasana kegembiraan untuk persiapan menyambut 1 Syawal yang bakal tiba beberapa hari saja lagi, pihak pengurusan Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Pusat Pembelajaran Pahang tidak melupakan nasib yang menimpa pesakit di wad kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Ia terbukti apabila satu rombongan seramai 10 orang wakil daripada Pusat Pembelajaran OUM Pahang telah berkunjung ke wad tersebut pada 25 September 2008 lalu dalam satu Program Ziarah Raya. Ia bertujuan untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada kira-kira 50 orang pesakit yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di hospital. Kunjungan tersebut terdiri daripada Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Pahang, Presiden Alumni Chapter Pahang, Tutor Kanan, Tutor, wakil pelajar dan kakitangan.
Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk duit raya dan barangan makanan. Ia adalah hasil sumbangan ikhlas daripada seluruh warga Pusat Pembelajaran OUM Pahang yang diadakan baru-baru ini.

Keprihatinan seluruh warga Pusat Pembelajaran OUM Pahang yang sudi memberi sumbangan untuk menjayakan program ini amatlah disanjung tinggi.

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada seluruh warga PP Pahang diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Dzahir & Batin dari semua staf PP Pahang dan PPT Mentakab. Semoga Ramadhan pada tahun ini membawa penuh keberkatan & Hari Raya pula membawa lebih keceriaan kepada kita semua.