Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Staf di Pusat Pembelajaran Pahang

Thursday, September 25, 2008

Program Ziarah Raya ke Wad Pediatrik HTAA




Dalam suasana kegembiraan untuk persiapan menyambut 1 Syawal yang bakal tiba beberapa hari saja lagi, pihak pengurusan Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Pusat Pembelajaran Pahang tidak melupakan nasib yang menimpa pesakit di wad kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Ia terbukti apabila satu rombongan seramai 10 orang wakil daripada Pusat Pembelajaran OUM Pahang telah berkunjung ke wad tersebut pada 25 September 2008 lalu dalam satu Program Ziarah Raya. Ia bertujuan untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada kira-kira 50 orang pesakit yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di hospital. Kunjungan tersebut terdiri daripada Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Pahang, Presiden Alumni Chapter Pahang, Tutor Kanan, Tutor, wakil pelajar dan kakitangan.
Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk duit raya dan barangan makanan. Ia adalah hasil sumbangan ikhlas daripada seluruh warga Pusat Pembelajaran OUM Pahang yang diadakan baru-baru ini.

Keprihatinan seluruh warga Pusat Pembelajaran OUM Pahang yang sudi memberi sumbangan untuk menjayakan program ini amatlah disanjung tinggi.

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada seluruh warga PP Pahang diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Dzahir & Batin dari semua staf PP Pahang dan PPT Mentakab. Semoga Ramadhan pada tahun ini membawa penuh keberkatan & Hari Raya pula membawa lebih keceriaan kepada kita semua.